Mesyuarat Kick-Off Study on New Wage Model for Building Sustainable Business and Workforce telah berlangsung pada 17 April 2023 bertempat di Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Selaras dengan RMKe-12, kajian berkenaan pampasan pekerja telah dijalankan pada tahun Mei-Disember 2022. Justeru itu, kesinambungan daripada kajian yang lepas dimana satu kajian yang bertajuk New Wage Model for Building Sustainable Business and Workforce akan dilaksanakan dalam tahun ini bermula April November 2023.
Objektif kajian ekonomi ini adalah antaranya untuk mengkaji semula sistem upah semasa dan mencadangkan model upah baharu yang lebih progresif kepada pihak majikan, pekerja dan kerajaan.