Sebuah bengkel strategik telah dilaksanakan oleh pihak MPC dalam membangunkan rangka kerja Model Gaji Progresif (PWM) bagi sektor pembersihan. Bagi menjalankan kajian rintis pelaksanaan PWM, sektor pembersihan telah dipilih sebagai sektor pertama menjalankan model gaji ini.
Dalam bengkel tersebut beberapa syarikat pembersihan telah dijemput untuk memahami rangka kerja gaji, konsep PWM, penanda aras PWM dan penyesuaian PWM di Malaysia dan syarikat tersebut akan dinilai berkenaan persediaan dan kemampuan mereka untuk menjalankan kajian rintis bagi melaksana PWM.