Sebuah sesi perkongsian strategik telah dilaksanakan oleh pihak MPC dan EU-ERA bagi mengukuhkan pertumbuhan ekonomi Sarawak berpaksikan produktiviti. Sesi perkongsian tersebut turut memperincikan ringkasan Laporan Produktiviti Negeri Sarawak.
Selain itu, sesi perbincangan bersama 4 panel jemputan turut diadakan. Tajuk perbincangan adalah berkenaan Bergerak ke Hadapan: Dasar dan Strategi ke Arah Peningkatan Produktiviti Negeri Sarawak.