EU-ERA telah dijemput bersama-sama dengan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di dalam sesi Kunjungan Hormat ke Kementerian Sumber Manusia. Sesi ini diadakan adalah sebagai jalinan kerjasama MPC, EU-ERA dan Kementerian Sumber Manusia dalam Penyediaan Kertas “Model Upah Progresif” yang akan dibentangkan semasa Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada bulan Ogos 2023. Inisiatif ini merupakan aktiviti yang menyumbang kepada Program Transformasi Upah ke arah Peningkatan Produktiviti dan Pampasan Pekerja dalam RMKe-12.