Satu bengkel bagi Kajian Pembangunan Model Unjuran Pasaran Buruh telah diadakan pada 6 Julai 2023 yang turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada agensi dan kementerian. Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk membincangkan dan mendapatkan input berkenaan progres pembangunan model agregat pasaran buruh serta pembangunan model sisi penawaran buruh.