YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi telah menerima kunjungan hormat daripada Kings College di pejabatnya.
Kings College merupakan sebuah institut pendidikan tinggi swasta (IPTS) yang berpusat di ibu negara itu telah diwakili oleh YBhg. Prof. Dr. Mohamad Salmi Mohd Sohod, Ahli Lembaga Pengarahnya serta Encik Ramadasen Ramachandran, Ketua Pegawai Eksekutifnya.
Dalam kunjungan itu, YB Menteri telah diberi taklimat berkenaan perancangan serta pelan strategik kolej tersebut bagi membantu merealisasikan azam serta aspirasi KPT dalam memperkasakan sektor pendidikan tinggi negara terutamanya melahirkan bakat yang berkemahiran.