Mesyuarat Kumpulan Kerja Teknikal Produktiviti Bil. 1/2023 bagi penyediaan dokumen Kajian Separuh Penggal RMKe-12 telah dianjurkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada 2 Februari 2023 di Hotel Dorsett Grand Subang, Subang Jaya. Tujuan mesyuarat tersebut diadakan adalah bagi mengenal pasti isu dan cabaran yang dialami oleh kerajaan, agensi serta pemain industri utama sektor ekonomi sepanjang tempoh separuh penggal RMKe-12. Seterusnya, cadangan penambahbaikan juga turut diambil kira dan dijadikan sebagai input kepada penyediaan dokumen Kajian Separuh Penggal RMKe-12.