Bersempena dengan Majlis Pelancaran Dokumen Rancangan Pembangunan Negeri Sembilan 2021-2025 dan Dokumen Pelan Ekonomi Digital Negeri Sembilan 2027 yanng telah diadakan Pada 6 Disember 2022, bertempat di Lexis Hibiscus, ort Dickson. EU-ERA turut Bersama-sama dijemput bagi memeriahkan majlis dengan mengadakan satu tapak pameran bagi tujuan promosi. Majlis yang penuh bermakna ini telah mendapat sambutan membrangsangkan daripada semua pihak telah membantu untuk mempertingkatkan keterlihatan EU-ERA pada peringkat yang tinggi. Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun turut berkelapangan untuk menyinggah ke tapak pameran EU-ERA.