Satu sesi perbincangan berkenaan potensi pemodelan Pendidikan TVET bersama Majlis TVET Negara telah diadakan di Bilik Mesyuarat EU-ERA, Putrajaya pada 6 Julai 2023. Sesi perbincangan ini turut dihadiri oleh seorang wakil daripada TalentCorp.
Tujuan sesi perbincangan ini diadakan adalah untuk membentangkan rangka kerja pembangunan model unjuran pasaran buruh serta membincangkan ketersediaan data MTVET untuk diintegrasikan dengan model unjuran tersebut.