BENGKEL STRATEGIK TRAIN & PLACE (TnP): BOOSTING PRODUCTIVITY THROUGH BETTER SKILLS telah dianjurkan oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC) selama tiga hari bermula 12/01/2023 sehingga 14/01/2023 di Sunway Hotel Georgetown, Pulau Pinang. Objektif bengkel adalah untuk merancang serta memperkasakan halatuju dan pelaksanaan program peningkatan bakat berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan pengembangan dan pertumbuhan industri seterusnya melonjakkan produktiviti Malaysia. Bengkel ini turut dihadiri oleh wakil daripada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Tenaga Manusia, Jabatan Pembangunan Kemahiran, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran, PERKESO, HRD Corp dan Federation of Malaysia Skill Development Centre (FMSDC).