Bengkel Penentuan Upah Dan Perkongsian Keuntungan telah diadakan di Bangi Resort Hotel, Selangor pada 17 Januari 2023. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mengenal pasti model penentuan upah baharu dan menilai tahap kesanggupan firma menerima model perkongsian keuntungan. Beberapa model perkongsian keuntungan telah dibentangkan dengan merujuk kepada model-model yang digunakan oleh negara maju seperti Living Wage, Modern Award, Progressive Wage Model (PWM) dan Equity Compensation.