Bengkel Libat Urus Peningkatan Produktiviti dan Daya Saing Negara ini telah dianjurkan oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC) selama tiga hari bermula 20.12.2022 sehingga 22.12.2022 di Pulse Grande Hotel, Putrajaya. Pelaksanaan bengkel ini bertujuan untuk membantu mendapatkan maklum balas daripada pihak Malaysian Productivity Malaysia (MPC) berkenaan Projek Indikator Daya Saing Negara yang merupakan salah satu syarat pelaksanaan Projek Peningkatan Produktiviti dan Daya Saing Negara.