Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bersama EU-ERA telah mengadakan satu sesi perkongsian strategik dałam usaha memacu pertumbuhan ekonomi Sabah berpandukan produktiviti. Sesi ini turut mengadakan Majlis Pelancaran Laporan Produktiviti Negeri Sabah 2022.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Ahemad Sade, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah (Pembangunan) dan turut dihadiri YBhg. Datuk Jasmine Teo, Pengarah UPEN Sabah.
Acara ini turut dihadiri oleh wakil daripada Kerajaan Negeri Sabah, Persekutuan, dan persatuan industri.