Objektif utama lawatan kerja ke Kementerian Ketenagakerjaan adalah untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan skim latihan kemahiran pekerja pembersihan.
Bina Standardisasi Kompetensi dan Program Pelatihan (Ditjen Binalavotas) merupakan bahagian yang menguruskan standard latihan kemahiran manakala Sekretariat Badan Nasional Sertifikasi Profesi (BNSP) pula adalah independent body dibentuk oleh kerajaan yang melaporkan terus kepada President Indonesia untuk melaksanakan pensijilan kompetensi pekerjaan.
Dari segi latihan kemahiran dan kompetensi pekerja pembersihan, Indonesia telah memiliki tahap latihan yang selari dengan career path. Terdapat 6 level yang bermula daripada Junior Cleaner hingga ke tahap Manager.
Wakil Indonesia ingin mengetahui job categories di Malaysia. Tujuannya adalah untuk realign latihan kemahiran di Indonesia dengan job classification di Malaysia.
Rumusan lawatan kerja ini adalah wakil kerajaan Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk mengadakan perbincangan lebih lanjut yang bersifat government to government berkenaan dengan program latihan pekerja kebersihan di masa akan datang.