Satu Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal telah berlangsung pada 3 Julai 2023 (Isnin) bertempat di Grand Lexis Port Dickson. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membentangkan Laporan Insepsi Kajian Pelan Tindakan Khusus dan Kaedah Pemantauan Sasaran Rancangan Pembangunan Negeri Sembilan 2021-2025 (RPNS 2021-2025). Mesyuarat ini telah dipengerusi oleh Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sembilan iaitu YBhg. Dato’ Muhamad Nahar Bin Haji Mohd Sidek.