Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah menganjurkan satu sesi perbincangan strategik bagi membangunkan industri pembersihan dengan kerjasama pelbagai pihak kerajaan dan swasta untuk memastikan gaji dan produktiviti pekerja di dalam industri ini dapat ditingkatkan.
Wakil daripada EU-ERA iaitu Ketua Ekonomi, Dr Mohd Yusof Saari juga dijemput untuk membentangkan berkenaan dengan Model Gaji Progresif dalam Industri Pembersihan. Pihak EU-ERA berbesar hati dapat menyumbang idea dan tenaga dalam membangunkan gaji progresif bersama pemain industri pembersihan dan pihak kerajaan dalam memastikan pekerja terbela dan gaji berpatutan dengan produktiviti pekerja.