Bengkel Keperluan Data dan Input Dasar Bagi Kajian Pembangunan Model Unjuran Permintaan dan Penawaran Buruh di Malaysia telah diadakan di Bangi Resort Hotel, Selangor pada 6 Mac 2023. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membincangkan keperluan data dan mendapatkan cadangan input dasar bagi pembangunan model unjuran permintaan dan penawaran buruh tersebut. Sehubungan itu, beberapa model unjuran yang akan digunakan dalam kajian ini telah dibentangkan bagi membantu dalam memahami konsep permodelan unjuran tersebut.