PENGELUARAN: secara sekali gus (one off) caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan salah satu langkah yang dilihat dapat membantu mengurangkan beban mangsa banjir.
Pensyarah kanan Fakulti Perniagaan & Ekonomi, Universiti Malaya, Dr. Zarinah Yusof berkata, dalam situasi yang tidak dijangka seperti banjir, mereka yang terjejas amat memerlukan wang untuk menampung kerugian yang dialami.