Siri Istimewa – Luncheon Talk: Model Gaji Progresif, adakah ia sistem baharu atau lama?
Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan Dasar Gaji Progresif hasil daripada perbincangan dasar dalam Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada 7 Ogos 2023.
Persoalannya, Adakah Gaji Progresif ini satu model yang baharu? Adakah syarikat di Malaysia telah melaksanakan Model Gaji Progresif secara tidak langsung? Apakah yang perlu dilakukan untuk menjayakan Model Gaji Progresif ini? Apakah yang faedah syarikat dapat sekiranya menjalankan Model Gaji Progresif ini?
Ayuh saksikan bersama-sama kami mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Model Gaji Progresif, adakah ia sistem baru atau lama? dalam siri istimewa kami Luncheon Talk