Skip to main content

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) adalah iltizam untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang terus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif pada semua peringkat kumpulan pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian bekalan.

WKB 2030 yang diterbitkan pada tahun 2019 ini merupakan dokumen penting bagi rakyat Malaysia untuk membawa harapan baharu untuk seluruh Keluarga Malaysia ke arah mengukuhkan kestabilan politik dan meningkatkan kemakmuran negara.

Untuk mencapai hasrat murni ini, kerajaan Malaysia mesti bertekad dan komited untuk menggemblengkan segala usaha ke arah dan saran ekonomi tersebut.


Prof. Dr. Muzafar Shah Habibullah

Menurut Ahli Ekonomi Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan (EU-ERA) Prof. Muzafar Shah Habibullah, di dalam tempoh WKB 2030, dua lagi dokumen penting iaitu RMK-12 (2021-2025) dan RMK-13 (2026-2030) boleh diletakkan sebagai dokumen dasar asas yang boleh digunakan untuk memacu ekonomi negara.

Jelasnya, pemecutan ini sangat penting kerana sasaran ekonomi Malaysia telah terpesong jauh dan tergendala disebabkan oleh ketidakstabilan politik selepas PRU14. Situasi ini menjadi lebih parah dengan krisis kesihatan (pandemik COVID-19) dan krisis ekonomi kos sara hidup yang melanda Malaysia pada tahun 2020 dan 2021.

Bajet 2023 sangat penting untuk lonjakan ekonomi negara

Belanjawan tahunan yang dibentangkan dan dicadangkan perlulah dijana dan dimanfaatkan untuk menyokong matlamat dasar RMK-12 dan seterusnya ke arah mencapai hasrat WKB 2030.

Oleh itu, Bajet 2030 merupakan belanjawan yang sangat penting untuk mengalihkan dan melonjakkan ekonomi negara ke sasaran asal dengan cepat dan tepat.

Malaysia juga hanya mempunyai 3 tahun lagi untuk mencapai hasrat yang terkandung dalam RMK-12 dan menghampiri separuh matlamat WKB 2030 dan yang selebihnya ditugaskan dan terkandung dalam RMK-13 nanti.

Kajian buktikan kestabilan politik boleh membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi

Umum mengetahui bahawa kestabilan politik adalah sangat penting sekiranya rakyat Malaysia ingin mengecapi kehidupan yang lebih selesa dan taraf hidup yang lebih baik, setidak-tidaknya kepada kehidupan sebelum COVID-19.

Selain daripada itu, keberkesanan kerajaan juga turut menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara ke arah pertumbuhan yang lebih baik.

Gambarajah 1 dan Gambarajah 2 jelas menunjukkan bahawa 1% peningkatan situasi kestabilan politik boleh meningkat pertumbuhan ekonomi sebanyak 0.25%; manakala 1% peningkatan dalam keberkesanan kerajaan akan meningkat pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 0.61%.

Untuk lebih jelas, korang boleh rujuk gambarajah di bawah:

Gambarajah 1. Korelasi kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi

Gambarajah 2. Kolerasi keberkesanan kerajaan dan pertumbuhan ekonomi

Keberkesanan Kerajaan (Indeks)

Manakala, indikator di atas pula menunjukkan unjuran pertumbuhan KDNK RMK-12 adalah purata 5.0% setahun (4.5%-5.5% untuk tempoh RMK-12 2021-2025) dan unjuran Bank Dunia (IMF) untuk tempoh 2022-2025 adalah 5.61% untuk tahun 2022 dan unjuran KDNK akan lebih perlahan dalam tahun 2023-2025.

Bagi unjuran Belanjawan 2023 untuk tahun 2022 pula adalah sebanyak 6.5%-7.0%. Justeru, untuk mencapai unjuran pertumbuhan 6.5% untuk tahun 2022, kerajaan yang memerintah mestilah berupaya, berdedikasi dan berpengalaman untuk memacu ekonomi negara ke tahap pertumbuhan tersebut.

Dalam pada itu, indikator juga menunjukkan kadar pengangguran akan menurun pada tahun 2022 dengan sasaran pada 4.0% pada tahun 2025.

Kesimpulannya, kerajaan yang cekap, berpengalaman dan stabil dengan dasar berkesan sudah tentu dapat mengekalkan inflasi pada purata 2.7%; juga dasar yang menyokong pasaran buruh akan dapat meningkatkan purata upah dan gaji pekerja untuk tempoh 2022-2025 pada tahap yang lebih baik.

Source : OhBulan

Leave a Reply