KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif perlu berlandaskan kepada garis panduan yang memberi kesaksamaan kepada majikan dan pekerja.
Ini kerana kebanyakan syarikat tidak mempunyai garis panduan malah penilaian produktiviti pekerja berbeza mengikut industri masing-masing.
Menurut ahli ekonomi Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan (EU-ERA) Nurul Sakinah Ngaini, kerajaan perlu memberi perhatian kepada setiap sektor ekonomi bagi pelaksanaan insentif.
“Kebanyakan pekerja dalam sektor pembuatan mempunyai tangga gaji sendiri terutama pekerja berkemahiran teknikal. Bagi yang bukan berkemahiran teknikal model gaji mereka berbeza” katanya kepada Buletin TV3.
Tambahnya, bagi mengurangkan ketidakpadanan kemahiran pekerja, insentif membabitkan latihan kemahiran antara langkah proaktif yang memberi kebaikan kepada pihak terlibat.