Skip to main content

Tren pengangguran di Malaysia disasarkan akan terus mencapai kestabilan, dengan jangkaan paras 3.4% menjelang tahun 2025 kelak.

Tinjauan EU-ERA, struktur di bawah THE FUTURE yang melaksanakan penyelidikan pada analisis pasaran buruh negara ini menjelaskan kadar tersebut berupaya menyamai paras pengangguran ketika tempoh negara sebelum pandemik COVID-19.

Untuk merealisasikan matlamat itu, tinjauan menyarankan negara untuk beri tumpuan kepada penawaran pekerjaan berasaskan perubahan demografi di setiap wilayah negara. Ini kerana perubahan jumlah populasi kumpulan usia bekerja iaitu 15 tahun hingga 64 tahun di Malaysia – mampu memberi kesan kepada struktur ekonomi negara.

Setakat ini, senario perniagaan semasa menjangkakan corak pengangguran di negara akan terus memaparkan tren penurunan sehingga 2025. Data itu dapat diperhatikan pada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) – apabila kadar pengangguran negara kini semakin menurun dan mencatatkan paras semasa sekitar 3.5% bagi Mei 2023.

Kadar Pengangguran Malaysia Dijangka Stabil Pada 2025 – Capai Paras 3.4%

Source : rnggt.com