Skip to main content

Kadar pengangguran pada tahun 2025 dijangka mencapai sekitar 3.4 peratus, mencecah paras pra-pandemik. – Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan (EU-ERA), THE FUTURE, mengunjurkan kadar pengangguran akan terus menurun dan mencapai keadaan stabil menjelang tahun 2025.

Kadar pengangguran pada tahun 2025 dijangka mencapai sekitar 3.4 peratus, mencecah paras pra-pandemik.

Menurut pakar ekonomi EU-ERA, Muhammad Anas Nabil Al-Fattah Muhammad Yazid, anggaran ini diperoleh hasil tindak balas unjuran sisi permintaan dan penawaran buruh melalui model unjuran pasaran buruh jangka panjang di peringkat nasional.

Kadar pengangguran sebenar mewakili tahun 2011 sehingga 2021, manakala tahun 2022 sehingga 2025 adalah unjuran masa depan.

“Permodelan unjuran ini mengambil kira faktor penentu utama termasuklah pertumbuhan ekonomi, tingkat pendapatan dan perubahan demografi.
“Pemulihan pasaran buruh yang berterusan memberi harapan kepada ekonomi negara dan menunjukkan prospek positif masa depan,” tambah beliau dalam satu kenyataan pada Rabu.

Hasil unjuran ini sejajar dengan kadar pengangguran sebenar tahun 2022 berdasarkan Laporan Survei Tenaga Buruh oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada Isnin.

Pasaran buruh mengalami pemulihan signifikan pada 2022 dengan kadar pengangguran lebih rendah iaitu 3.9 peratus dan guna tenaga yang lebih tinggi.
Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, bilangan penganggur menurun ke 630,400 orang berkurang sebanyak 14 peratus dengan mencatatkan 630,400 orang berbanding 2021 sebanyak 733,000 orang.

“Tenaga buruh di Malaysia bertambah sebanyak 1.4 peratus kepada 16.02 juta orang berbanding 2021 sebanyak 15.80 juta orang,” ujar beliau.

Source : NST