Skip to main content

Summary

Bulan Mac 2020 adalah permulaan pandemik COVID-19 di Malaysia yang telah banyak menjejaskan sektor ekonomi, pendidikan dan juga kesihatan. Pelaksanaan perintah kawalan pergerakan atau PKP telah dilaksanakan dalam empat siri dengan tujuan untuk mengurangkan penyebaran penyakit atau mencegah situasi krisis. Semua sektor pekerjaan diperintahkan untuk melaksanakan pendekatan Bekerja dari Rumah atau BDR. Artikel ini bertujuan menganalisis kos-faedah pelaksanaan BDR ketika pandemik COVID-19 dalam keseluruhan sektor pekerjaan di Malaysia.