Kajian ini merupakan susulan daripada projek Rancangan Pembangunan Negeri Sembilan 2021-2025 (RPNS 2021-2025). RPNS 2021-2025 yang bertemakan
Negeri Sembilan Progresif, Sejahtera dan Lestari merupakan sebuah dokumen asas yang menyediakan landasan pembaharuan dan transformasi ke atas ekonomi
Negeri Sembilan serta pelengkap kepada dokumen Rancangan Malaysia Kedua Belas RMKe-12) pada peringkat nasional.
Kajian ini dilaksanakan bagi memperincikan program dan inisiatif, agensi pelaksana dan penetapan indikator pemantauan yang akan digunapakai oleh Kerajaan
Negeri Sembilan untuk memastikan sasaran startegi RPNS 2021-2025 berjaya dicapai.