KUALA LUMPUR: Pusat Pasaran Buruh Masa Hadapan (EU-ERA) menerbitkan satu artikel bertajuk 'Umur hanyalah angka: Memanfaat Pekerja Berusia Untuk Keberhasilan Negara'.
Artikel berkenaan menggariskan beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian oleh pembuat polisi kerana ia menjangkakan keperluan menaikkan had usia bersara di negara ini kemungkinan tidak dapat dielakkan dalam beberapa tahun akan datang.
Ini adalah cerapan yang dilakukan daripada artikel berkenaan:
1) Memanjangkan umur persaraan dengan penciptaan pekerjaan yang mencukupi
Menaikkan umur persaraan akan menggalakkan kestabilan kewangan dan kebajikan pekerja, meningkatkan bekalan buruh, menyumbang hasil cukai dan mengurangkan tekanan fiskal kepada kerajaan.
2) Peranan agensi perkhidmatan pekerjaan untuk menangani kebolehpasaran pekerja berusia
Agensi perkhidmatan pekerjaan boleh berperanan sediakan pekerjaan bersesuaian, tawarkan latihan kemahiran dan halang layanan diskriminasi umur pemohon oleh majikan.
Di Jepun, kerajaan mewujudkan agensi khusus untuk mengurus aspek pekerjaan dan kebajikan pekerja berusia.
3) Perundangan yang menyokong penglibatan pekerja yang berusia dalam pasaran buruh
Peraturan dan garis panduan menyokong pekerja berusia adalah perlu
Ini untuk memastikan pekerja berusia dilindungi tanpa diskriminasi
Garis panduan dan peraturan berbeza mengikut sektor ambil kira keperluan dan jenis
4) Pengagihan semula tenaga kerja mengikut sektor dan pekerjaan
Poduktiviti pekerja berusia berbeza ikut sektor
Contoh: Pekerja berusia sumbang secara positif kepada produktiviti dalam sektor pertanian tetapi untuk sektor perkhidmatan mereka beri herotan kepada produktiviti
Pekerja berusia majoriti bekerja dalam sektor perkhidmatan iaitu 58.5 peratus.
Justeru, ada keperluan agihkan semula pekerja berusia merentas sektor dan pekerjaan untuk kecekapan input buruh.
Program latihan semula dan peningkatan kemahiran harus dilengkapi dengan pengagihan semula pekerja berusia.